AKHIR ZAMAN
dan apa yang Tuhan
tunjukkan kepada saya
oleh Phyliss
Maske
(Diterjemahkan
dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)
Tarikh: 26hb Mac 2006
Saya balik ke
rumah dari kerja dan ia sedang hujan.
Saya sangat penat dari semua masa panjang yang saya letakkan di kedai.
Apabila saya
tiba di rumah, saya rasa perlu untuk berbaring dan berehat untuk seketika. Sebaik saja saya berbaring, Tuhan datang dan
membawa saya tinggi ke atas. Saya boleh
nampak bumi dan ada asap dan api di merata-rata! Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa ia
adalah akhir zaman. Banyak bahagian bumi
telah dimusnahkan. Dia menunjukkan
kepada saya orang-orang, mereka sedang berlari menyelamatkan nyawa mereka,
tetapi tiada tempat untuk pergi. Saya
nampak lubang-lubang besar yang kotor di dalam tanah dan api ada di dalam
mereka, dan asap hitam mendidih naik dari lubang-lubang tersebut. Kemudian Tuhan Allah menunjukkan kepada saya
berita-berita di televisyen, ada pemberita-pemberita cuba melaporkan apa yang
sedang terjadi, tetapi mereka sendiri amat ketakutan dan berlari. Tiada orang nampaknya memahami apa yang
sedang berlaku.
Ada begitu
banyak kemusnahan teruk dan panik. Saya
boleh nampak wajah-wajah orang, mereka begitu ketakutan. Ada yang cuba pergi ke tepi gunung, tetapi
api ada di merata-rata. Mereka sedang
menangis, menjerit dan berlari, mencari satu tempat yang selamat untuk
bersembunyi. Tetapi tiada tempat untuk
bersembunyi, tiada tempat untuk pergi.
Mereka kelihatan begitu tiada harapan dan begitu tidak berdaya.
Saya berfikir,
“Tuhan, Tuhan yang dikasihi! Apa yang
sedang terjadi?” Dia berkata, “Apa yang kamu nampak adalah akhir zaman. Berilah amaran kepada orang-orang! Berteriaklah!
Beritahulah. Tinggikan suara
kamu. Saya akan datang tidak lama
lagi. Berilah amaran kepada orang-orang
untuk bertaubat sebelum terlambat!”
[Visi
Berakhir]
[Kesimpulan-kesimpulan…]
Saya juga
merasakan Tuhan sedang mengatakan untuk berdoa seperti saya tidak pernah
berbuat sebelumnya. Dia telah memberikan
saya satu beban yang baru untuk yang hilang.
Saya tidak dapat mula untuk memberitahu kamu apa perasaan yang sedang
bangkit di dalam hati dan jiwa saya.
Saya tahu Dia
akan datang tidak lama lagi dan saya tahu kita harus lakukan semua yang kita
boleh. Saya juga tahu jika kita tidak
mencapai ke dunia yang hilang dan mati ini, kita akan terpaksa berdiri di depan
Allah di hari Penghakiman. Saya tahu
saya mesti ada hati yang bersih, hidup bertaubat, berjalan di dalam kesucian,
buang semua barang-barang yang tidak berguna dari hidup saya. Tiada bilik untuk dosa di dalam hidup saya.
Banyak perkara
yang Tuhan Allah sedang tunjukkan kepada saya, tempat-tempat baru yang Dia akan
bawa mereka yang akan bekerja di ladang-ladangNya dan satu penyegaran baru akan
datang pada kita yang melakukan kehendak Bapa.
Puji Allah, O
alangkah saya mahu menyenangkan hatiNya, melayanNya, saya tahu ia bukan
kehendakNya untuk satu jiwa binasa! Saya
tidak boleh membazirkan satu saat pun, ada suatu api di atas saya dan di dalam
saya. Saya mesti pergi dan kamu mesti
juga, semua untuk kerajaan.
Oleh Phyliss Maske