JANGAN MASUK KE NERAKA!!
Pada tahun 2009, seorang pelukis muda Korea yang sedang menghadiri perjumpaan doa , dia dikunjungi Yesus Kristus. Dia dibawaNya untuk melihat neraka dan diperintahkan oleh Yesus untuk melukiskan apa-apa yang dilihat, sehingga dunia dapat mengetahuinya.
Si pelukis berkata: “saat saya sedang berdoa, saya menjadi mampu untuk mencintai yesus lebih daripada apapun. Suatu hari Yesus datang dan berkata dalam hati saya, “Aku akan menunjukkan kepadamu hal-hal yang lebih mendalam daripada Syurga.”
Pada awalnya saya fikir saya akan pergi melihat Syurga, tetapi sebaliknya, kami mengunjungi neraka.
Semasa saya mengikuti Tuhan Yesus, saya terus -menerus menangis. Kemudian saya mulai mendengar suara rintihan, teriakan, dan raungan.
Banyak orang memiliki pandangan yang salah tentang neraka. Mereka hanya berfikir bahawa “jika mereka percaya akan Yesus” maka hidup mereka akan berakhir di Syurga. Bahkan sesetengah orang berfikir bahawa saat mereka mati, tidak akan ada lagi kehidupan sesudahnya.
Orang-orang yang percaya apa yang mereka fikirkan, menyebabkan mereka menjalani hidup seperti yang mereka inginkan.
Yesus juga menunjukkan kepada saya bahawa orang yang menonton filem bertemakan keganasan, maka pada saat itu juga sebenarnya syaitan sedang menyeksa roh orang tersebut tanpa disedari orang itu. Seseorang yang menonton adegan keganasan, jiwanya terseksa dan disakiti. Menonton siaran TV yang duniawi tidak membantu orang-orang Kristian mengembangkan hubungan cinta kasihnya kita dengan pengantin Yesus.
Saya melihat orang-orang yang sedang merokok dan minum minuman keras, roh-roh ular memenuhi asap rokok dan minuman beralkohol itu.
Saat Yesus menyaksikan dosa-dosa dilakukan manusia, Dia menangis. Syaitan akan mengikat tubuh orang-orang berdosa itu dengan rantai sebegitu kuatnya untuk mengawal mereka. Sehingga para pendosa akan jatuh lebih dan lebih dalam lagi dalam dosa.
Saya merayu kepada anda agar tidak berkompromi dengan dosa. JANGAN HIDUP menurut keinginanmu sendiri. Di neraka, pancainderamu jauh lebih peka beratus kali ganda daripada di bumi dan rasa sakitnya terlampau amat parah dari yang kamu bayangkan
Yesus menunjukkan kepadaku bagaimana orang-orang jatuh ke Neraka.
Yesus: “Aku melihat orang-orang yang tidak terhitung jumlahnya jatuh ke dalam lautan api yang abadi setiap hari… Tolong katakan kepada orang-orang apa yang telah kausaksikan di neraka! Kau harus memberitahu mereka tentang neraka! Katakan kepada mereka betapa ngerinya neraka! Kau harus melukiskan pemandangan di neraka seolah-olah kau merasakan apa yang Kurasakan. Lukislah dengan hatiku yang pedih!”
Mereka jatuh ke dalam api neraka
Lukiskan dengan merasakan kepedihan hatiKu….
Dia mengasihani mereka yang jatuh ke dalam lubang neraka setiap hari
Semasa saya sedang melukis, syaitan menyerang saya dengan kasarnya. Namun saya ingin menunjukkan kepada dunia tentang neraka dan hati Tuhan Yesus melalui lukisan-lukisan ini.
Saya melihat orang-orang yang diseksa di atas salib.
Saya melihat orang-orang yang semasa hidupnya tidak mau memakan Roti Kehidupan (Firman Tuhan)
Ada orang-orang yang dahulunya tidak mahu berdiskusi tentang hal-hal kehidupannya dengan Yesus, tetapi membuat keputusan mereka sendiri dan mengikut kemahuan diri.
Mereka ialah orang-orang yang minum dan makan hal-hal yang terlarang
Yesus: “Tolong katakan pada mereka yang menyakiti perasaan orang lain dengan kata-katanya sehingga mereka terluka di dalam Kristus. Mereka tidak boleh mengatakan hal-hal yang kasar atau tanpa kasih.”
Beginilah pembunuh, perogol dan penculik anak-anak akan diseksa
Wanita ini berusaha sedaya-upaya untuk melepaskan diri
Hukuman untuk pendusta (pembohong).
Orang-orang yang mencuri wang akan ditusuk dengan panah dan jarum.
Mencuri wang
Di dalam neraka, saya melihat ibu dan anak sesudah mati. Di sana mereka sudah tidak lagi saling menyayangi. Disebabkan rasa sakit yang tidak tertahan, mereka akan melakukan apa-apa sahaja agar terhindar daripada seksaan, bahkan dengan memijak antara satu sama lain.
Serangga di dalam neraka
Serangga-serangga ini untuk mereka yang berkompromi dengan dosa menurut fikiran mereka.
Mereka dipenuhi dengan dan pemikiran-pemikiran mereka. Mereka dikerumuni dengan belatung-belatung yang tidak terhitung jumlahnya, tubuh mereka terluka dengan serangga-serangga yang besar: Keluar masuk melewati seluruh bahagian tubuh, kepala, mulut, dan telinga.
Penganiayaan terhadap injil.
Gambar ini menunjukkan bagaimana syaitan-syaitan menghasut orang-orang untuk menganiaya, mengacau, dan membunuh para penginjill yang benar.
Orang-orang ini dipenuhi dengan tanggapan dan pengetahuan mereka sendiri (tidak menaruh kepercayaan kepada Firman Tuhan dan hanya mempercayai tanggapan sendiri).
Orang-orang ini keras kepala dengan pemikiran mereka. Mereka berfikir, “mengapa Yesus ingin bekerja dalam hidupku? Siapa aku? Aku tidak yakin kalau Dia mengasihi aku. Aku sangat jahat. Aku tidak yakin Dia mengasihi orang seperti aku.”
Mereka juga adalah orang-orang yang menolak Firman Tuhan dan tidak mengendahkan perintah Tuhan. Mereka akan ditempatkan dalam suatu tempat yang mirip dengan sebuah kuali, yang dibakar dengan api neraka.
Bagi mereka yang tidak menyelaraskan fikirannya dengan Tuhan akan berakhir di neraka. Kita harus membetulkan fikiran kita dengan Tuhan.
Hukuman ini diperuntukkan bagi orang-orang Kristian yang tidak memberitakan injil. Mereka tidak mengkhabarkan berita baik kepada jiwa yang sesat. Mereka mengabaikan panggilan mereka.
Seksaan ini untuk mereka yang mengabaikan Firman Tuhan dan tetap berdampingan dengan dosa. Mereka melakukan hal yang jahat di hadapan mata Tuhan.
Mereka yang menyembah berhala, yang memiliki fikiran-fikiran jahat dan keras kepala dengan cara mereka sendiri.
Orang-orang yang suka merungut dan mengeluh juga akan terseksa di neraka.
Orang-orang yang merungut dan mengeluh di dalam hati mereka.
Ada sebuah tempat di neraka yang diperuntukkan untuk para lelaki yang mengkhianati pasangan mereka. Bagi mereka yang menjadi gay (hubungan sejenis) atau bahkan biseksual. Mereka ditembusi dengan pisau dan tombak.
Mereka yang melakukan penyimpangan seksual, bahagian genital mereka akan ditusuk oleh syaitan-syaitan.
Api yang marak berada di mana-mana. Tiada tempat untuk melepaskan diri.
Neraka tidak berpenghujung, seksaannya pun kekal selama-lamanya (tiada penamatnya).
Mereka yang tidak ingin bertaubat.
Anda harus membunuh setiap syaitan yang berdiam di dalam diri anda.
Apabila seseorang bertaubat, mereka menyeberangi dari kematian ke kehidupan dan Yesus menunggu di seberang.
Mereka melepaskan bebanan dosa yang berat dan mula berjalan di jalan sempit ke kehidupan dengan meninggalkan jalan ke neraka.
Semasa kita bertaubat dan berdoa di hadapan Tuhan, Malaikat Tuhan akan datang dan memerangi syaitan dengan pedang mereka
Yesus berkata, “fokuslah padaKu. Kau hanya harus fokus padaKu.”
Yesus mengampuni dosa-dosa kita apabila kita bertaubat .
Bertaubatlah daripada dosa-dosa anda dan mempercayai Yesus.
Jika anda melakukannya, syurga akan menanti anda dan sebaliknya ke neraka jika tidak. Tempat yang membolehkan anda bergembira.
JANGAN MASUK KE NERAKA!!